Skip to content

Gotong-royong

January 24, 2011

Bismillahirrahmanirahim.

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (sURAH aT-tAUBAH :18).

Tarikh : 22 Januari 2011

Program : Gotong-royong mendirikan khemah dan membersihkan surau sempena perjumpaan untuk perbincangan pemilihan tapak surau tetap.

Lokasi : Surau Sementara Taman Indah KLIA

Khemah yang beroda senang dialih-alih

Tiang ni tak lari rasanya.

Nak jadikan khemah ala2 arablah.

Tuan Setiausaha memasang lampu.

Cikgu Amin, Pengerusi Penaja

En. Mail dan En. Mazlan amat rajin merumput

Tukang Azan kita, Cik Darul

Tazkirah ringkas Tuan Imam tentang Otak-otak yang nak dibakar.

Fauzi TT selaku pembakar otak-otak

Cik Din JPJ sedia memantau Plat Kereta yang masuk ke taman.

Nota:

Selepas solat Asar, seramai lebih kurang 22 orang penduduk TIKLIA berkumpul di surau untuk bersama-sama berganding bahu memasang 2 buah khemah dan membersihkan sekitar surau untuk tujuan perjumpaan perbincangan pemilihan tapak surau tetap yang di adakan pada selepas solat Isyak malam yang sama.

Alhamdulillah, dengan izin Allah  progam berjalan dengan lancar di bawah payungan langit yang tidak berapa panas. Selain memasang 2 buah khemah, aktiviti lain yang dilakukan ialah memasang lampu di bawah khemah, menjadikan salah satu pembesar suara dalam surau sebagai pembesar suara mudah alih, memindahkan barang2 yang berada di depan surau ke belakang surau, merumput di tepi dan belakang surau, menyusun kerusi di bawah khemah dan menyediakan keperluan makan dan minum.

Terima kasih kepada penyumbang2 yang menghidangkan jamuan makan untuk penduduk2 yang hadir. Sedap bihunnya.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ikatan persaudaraan diantara kita semua akan bertambah kuat dan semoga Allah sentiasa tanamkan perasaan kasih diantara kita semua dan dijauhkan perasasan hasad dengki serta kebencian.


Jazakallah.

From → Aktiviti

2 Comments
  1. Caya la Imam.. Tengah nak bakar otak² pun bleh bagi tazkirah.. confirm xleh lari telinga tuh.. hehehehe.. Bagus²..

    [i]”Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.”[/i] (Al-Maaidah 5:67)

  2. tak taulah apa tajuk tazkirah tu. bulu tangkis ke, otak2 ka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: