Skip to content

Keputusan Perjumpaan 22 Januari 2011

January 26, 2011

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Tarikh : 22 Januari 2011
Lokasi : Surau Sementara Taman Indah KLIA ( No. 18 Lorong 2A)
Agenda : Menetapkan lokasi surau tetap Taman Indah KLIA.

Perjumpaan dan perbincangan bermula selepas solat Isyak. Alhamdulillah jemaah solat Isyak pada malam tersebut melimpah dari bilik utama ke ruang tamu dan ruang makan.

Perbincangan di mulakan dengan menerangkan cadangan 2 tapak yang telah diusulkan dalam perbincangan harian biasa oleh Pengerusi Penaja Surau TIKLIA iaitu Cikgu Amin.

Tapak cadangan:

Tapak 1 :
Taman Permainan bahagian padang Badminton. Anggaran keluasan 3600 kaki persegi.

Tapak 2 :
Sebuah rumah banglo dib no 11 jln 3c.
Keterangan banglo:

Terdapat 3 buat banglo di Fasa 3 yang masih belum terjual sehingga awal Januari 2010. Pemilik asal tanah di Fasa 3 iaitu Tuan Hj. Jasri telah mendengar berkenaan masalah pencarian tapak surau. Atas rasa tanggungjawab sesama Islam beliau telah berusaha berurusan dengan pihak pemaju untuk mendapatkan banglo berkenaan untuk dijadikan sebagai surau. Usaha beliau bermula sejak sebelum Ramadan sehingga Januari 2011. Dari harga asal RM420,000.00, beliau berusaha memujuk pihak pemaju sehinggalah Januari 2011 harga banglo berkenaan berjaya dikurangkan sehingga RM250,000.00.

Tuan Hj. Jasri telah maklumkan kepada pihak AJK Surau berkenanaan tawaran harga baru pihak pemaju untuk banglo berkenaan jika hendak dijadikan surau. Hanya jika dijadikan surau. Berita ini agak menggembirakan. Namun apadaya pihak surau dan penduduk untuk membeli banglo berkenaan dalam tempoh yang singkat. Surau masih belum didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Proses untuk mengumpul dana memerlukan surat rasmi dari JAIS. Untuk surat ini, surau mestilah didaftarkan di bawah JAIS. Proses ini akan memakan masa yang agak lama. Tawaran dari pemaju ada tempoh masanya kerana mereka perlu menjual banglo berkenaan sekiranya pihak surau tidak berminat. Saya sendiri telah menyuarakan kepada beliau mengenai kesukaran untuk mendapatkan banglo berkenaan dalam tempoh yang cepat. Mendengar rintihan ini, beliau (Hj. Jasri) telah menawarkan untuk mendahulukan duitnya untuk mendapatkan banglo berkenaan memandangkan pihak pemaju masih berhutang dengannya. Beliau cuba untuk kontra-kan banglo berkenaan dengan sebahagian wang perjanjian jual beli tanah yang dimajukan oleh pemaju. Berita ini amat menggembirakan AJK surau.

AJK Surau bertindak untuk memanggil semua penduduk untuk mendapatkan persetujuan dengan kadar segera iaitu perjumpaan pada 22 Januari 2011. Kenapa segera dan tergesa-gesa ? Kerana tawaran jual beli banglo berkenaan ada tempohnya. Tempoh itu singkat dan tak dapat nak menunggu semua rumah di TIKLIA dihuni. Jika bersetuju membeli, proses untuk mendaftar surau perlu dilakukan dengan cepat memandangkan proses kelulusan daftar surau hanya dilakukan 4 bulan sekali. Surau perlu didaftarkan dengan cepat untuk mendapatkan kelulusan untuk mengumpul dana bagi membolehkan proses pembayaran semula duit pembelian surau dapat dilakukan dalam tempoh 2 tahun.

Keputusan Perjumpaan:

1. Tidak bersetuju untuk menjadikan banglo sebagai surau. Tidak membeli banglo berkenaan.

2. Bersetuju untuk mendaftarkan surau di surau sementara di alamat skrg.

3. Bersetuju untuk menjadikan taman permainan ( permainan badminton ) sebagai tapak surau. Proses memohon tapak surau berkenaan akan dimulakan dengan mengedarkan helaian persetujuan menjadikan taman permainan sebagai tapak surau kepada semua rumah.

Ralat:

Penduduk tidak diterangkan dengan jelas berkenaan kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua tapak berkenaan jika dijadikan surau. Anggapan awal penduduk yang hadir telah sedia maklum kedua-dua tapak yang dicadangkan sepertimana yang dinyatakan di dalam surat jemputan dan sedia dengan keputusan.

Pihak AJK tidak dapat melakukan survey kepada semua penduduk terlebih dahulu kerana kesuntukan masa.

Mohon maaf atas ralat berkenaan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada wakil2 yang memberi pendapat.

Pandangan dari luar ruang solat utama surau sementara

Pandangan dari luar ruang solat ruang tamu

Jemaah di luar ruang solat utama, di ruang tamu

Bilik utama dijadikan ruang solat utama

Ruang tamu

** Pihak surau sentiasa membuka ruang kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat, pandangan, idea dan teguran. Sila emailkan suara anda di surautiklia@gmail.com atau tinggalkan komen anda di mana2 Post yang dibuat.

 

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid“.


Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~

~H.R Abu Daud

 

Jazakallah.

 

5 Comments
  1. henry permalink

    Perjumpaan pada malam tu satu usaha yang baik oleh pihak AJK Penaja. Walaupun cadangan menjadikan banglo sebagai surau sementara tidak dipersetujui ramai, namun semuanya sepakat untuk menjadikan tapak permainan sebagai tapak pembinaan surau. Syabas di atas kelancaran majlis tersebut.

    sy secara peribadi beranggapan cadangan untuk menjadikan banglo sebagai surau sementara satu cadangan yang sangat bagus sementara menunggu surau yang kekal menjadi kenyataan. rugi x beli banglo tu pada harga yang ditawarkan kerana selain boleh dijadikan surau sementara yang agak selesa untuk beribadat, ia akan menjadi aset yang berharga buat warga TIKLIA.

    • Usah diungkit lagik perkara yang telah lepas Tuan.. Yang pastinya, keputusan telah dibuat.. Keputusan ramai (syura) adalah muktamad dan telah dimuktamadkan.

      Merujuk kepada FirmanNya:
      “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya”. (An-Naml 27:32)

      Sume dah dianggap telah memberi pendapat dalam mesyuarat tersebut. Kita kunci lirik ini!!!

  2. Setiap pendapat sentiasa dialukan dan kami masih membuka dan mengharapkan apa sahaja pendapat dan cadangan.

    Tapak surau kita dah tetapkan di taman permainan. Ini yang akan kita usahakan dahulu.

    Saya rasa cadangan untuk menjadikan mana2 banglo atau rumah sebagai aset masih boleh dipertimbang.

    • Hah? pembelian banglo masih boleh dipertimbangkan?? harga sama?

      okey.. Wahai Tuan Pengerusi (Pengerusi Forum), En. Henry, masih berpeluang nampaknyer.. Sila aturkan satu conference Room untuk tujuan ini.. hehehehe..

      Bergantung kepada borang survey tu kot.. entah..

      alahai.. ape la setiausaha ni.. tu pun taktau!! adeii.. penin³.. memang confirm sengaja nak di pecat kan nih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: