Skip to content

Jawapan Majlis Perbandaran Sepang

January 31, 2011

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim..

Surau TIKLIA telah membuat aduan dan pertanya melalui e-aduan kepada Majlis Perbandaran Sepang berkenaan dengan permohonan tapak surau di TIKLIA. Berikut adalah jawapan yang pantas dari pijak MPSp.

Salam sejahtera dan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan.

Untuk makluman pihak tuan, setelah semakan dilakukan didapati jumlah penduduk adalah tidak mencukupi untuk menyediakan tapak surau di dalam kawasan perumahan tersebut yang mengandungi 153 unit rumah dan mengandungi kira-kira 765 orang penduduk. Mengikut garis panduan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, kawasan tersebut mestilah mempunyai kira-kira 500 unit rumah atau 2,500 penduduk.Jabatan ini tidak dapat menyokong dengan cadangan penduduk di kawasan tersebut yang ingin menjadikan sebahagian dari taman permainan sebagai surau kerana kawasan lapang tidak dibenarkan dibangunkan sebarang binaan yang berstruktur kekal.

Sekian, terima kasih.

Sebarang maklumat terperinci, sila hubungi:-

En. Ismail bin Muhamad,
Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar,
Majlis Perbandaran Sepang.
Tel:-03-83190200
Ext:-231

Janganlah gusar dan risau dengan jawapan di atas. InsyaAllah kita akan terus berusaha. Kehadiran wakil Majlis Agama Islam Selangor bahagian Pembangunan Masjid dan Surau sebentar tadi, jam 11.15 pagi, 31 Januari 2011 ke tapak surau masih memberi laluan untuk terus kita berusaha. En. Muhamad Aidil dari MAIS telah ke MPSp sebelum datang ke tapak surau, beliau juga mendapat jawapan sama sperti di atas. Tetapi beliau tetap datang melawat tapak surau TIKLIA dan berbincang dengan pihak surau. Masih ada beberapa jalan yang boleh diusahakan. InsyaAllah sama2 lah kita berusaha dan berdoa.

*** Pada Jumaat, 28 Januari 2011, pihak surau telah menghantar surat permohonan tapak surau ke Bahagian Pembangunan Masjid/Surau Majlis Agama Islam Selangor.

*** Terima kasih kepada pihak MAIS kerana bertindak dengan cepat untuk datang melawat tapak dan berbincang dengan pihak surau.

surat mohon tapak surau


Jazakallah..

2 Comments
  1. Hell lamak.. camno nie.. nak berurusan ngan orang pakai buku ni memang susah.. harap tak yah la sampai kene pakai kuasa politik pulak..

  2. maizul822 permalink

    kalau tak jalan gak rayuan yg dibuat tu…..panggil jerr pihak tv ngan akhbar……byk kes dah bila panggil tv ngan akhbar baru ada tindakan pihak berkenaan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: