Skip to content

Tasek atau Kawasan Tadahan Air Sementara

January 31, 2011

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirahim..

Isu : Kawasan Tadahan Air Sementara Yang Penuh
Masalah :

1. Tiada Pagar di sekeliling kolam
Memandangkan paras kawasan tadahan air tinggi sehingga 3-4 kaki apabila hujan berterusan selama 1 hari ( kadar hujan tidak lebat), keadaan ini bahaya untuk kanak2 yang mungkin bermain-main berhampiran dengan kawasan tadahan air.

Suara Surau berpendapat, kawasan tadahan sementara ini perlu dilengkapkan dengan pagar disekelilingnya untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Gambar di bawah dirakam jam 10.00 pagi sehari selepas hujan seharian di TIKLIA. Paras air masih tinggi. Kadar air yang keluar ke sungai belakang terlalu perlahan. Ini mungkin akibat daripada sampah dan rumput-rumput yang dipotong sehari sebelum hujan. Kadar penurunan air, dan sampah perlulah diambil perhatian yaang lebih serius. Keadaan ini akan sentiasa berlaku memandangkan cuaca tidak menentu di negara kita.

2. Sampah & Rumput
Perkara ini seharusnya menjadi kewajipan masing2. Suara Surau berharap sama2 lah kita menjaga kebersihan taman. Elak dari membuang sampah ke dalam longkang. Walaupun bukan tangan kita yang membuangnya, sama2lah kita mengutip dan membuang ditempat yang betul. Masalah longkang tersumbat dan saliran menjadi perlahan akan berlaku kesan dari sampah ini.

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam, sama ada disedari ataupun tidak, ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan kebersihan (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah).

3. Limpahan Air kumbahan
Untuk pengetahuan semua. Limpahan air kumbahan najis akan dialirkan di longkang jalan 2 terus ke jalan 3 dan terus ke kawasan dahan air sementara ini juga. Suara surau akan memajukan masalah ini ke Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan kepastian samada proses aliran ini mengikut garis panduan sebenar atau tidak. Janganlah biarkan anak2 bermain di kawasan tadahan air sementara ini untuk mengelak dari sebarang penyakit atau perkara tidak diingini.

Kolam Tadahan Sementara Dipenuhi Air

Sampah dan Kesan Air

Paras Air yang tinggi

Sebarang pertanyaan dan pendapat sila email ke surautiklia@gmail.com ataupun tinggalkan sahaja komen anda diruang komen.

Terima kasih.

Jazakallah.

4 Comments
  1. mama77 permalink

    salam en penulis…saya ada juga menjenguk kawasan tadahan air tersebut…memang merbahaya ketika air penuh dan hujan seharian…kesimpulan yg sy dapati sampah sarap memang banyak dan hairan adakah penduduk TIKLIA suka membuang sampah ke dlm longkang…..dan seterusnya kita perlu membuat sesuatu utk mencegah kemasukan sampah ke dalam longkang iaitu mengutip sampah jika kita ternampak….sedikit sebyk ia bole mengurangkan kehadiran sampah sarap….bersama-samalah kita mencantikkan taman kita…amin…

  2. Bagus³.. rajin²kan diri anda.

  3. maizul822 permalink

    Allhamdullillah bagi warga TIKLIA yg perihatin terhadap sampah2 yg ada…..sama2 la kita mengutip dan membersihkan taman kita……tapi……kalau dah jumpa tuala wanita dalam longkang kita camne ek??????? adussss!!!!!

  4. Ops.. Sensitip.. sensitip.. Tuala wanita tu pekerja renovation punya kot.. ahaks..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: