Skip to content

Perjumpaan Isu Keselamatan TIKLIA

February 24, 2011

Assalamualaikum,

Satu Perjumpaan Isu Keselamatan Taman Indah KLIA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Februari 2011, Sabtu
Bersamaan 23 Rabiulawal 1432h

Masa : 8.30 pagi

Lokasi : Surau Sementara TIKLIA ( Al Musawwir)
N0. 18, Lorong Indah KLIA 2a, Taman Indah KLIA, Sepang

Agenda :

1. Isu Keselamatan Taman
2. Jadual Kawalan Malam
3. Pondok Kawalan ( Gotong Royong mendirikan pondok kawalan)
4. Jamuan ringan

Nota :

Untuk pengetahuan semua, sebanyak 9 kes pecah masuk rumah telah berlaku di TIKLIA sejak taman ini dihuni. Kesemua 9 kes berlaku di waktu siang ketika penghuni keluar bekerja. Kes yang sama juga berlaku di taman2 sekitar Sepang, Nilai dan Salak Tinggi.

Hujung minggu lepas, sebanyak 6 kes pecah rumah berlaku pada waktu malam di taman-taman sekitar Sepang, Nilai dan Salak Tinggi. Kesemua kes pecah rumah mula dibuat pada waktu malam setelah beberapa bulan berlaku pada waktu siang.

Demi keselamatan dan langkah berjaga2, beberapa penduduk TIKLIA dengan sukarela telah mula membuat kawalan malam bermula Isnin lepas. Kawalan malam bermula jam 12.30 malam sehinggalah 6.00 pagi.

Komitmen dan disiplin yang tinggi diperlukan dari semua penduduk untuk kita lakukan kawalan malam demi keselamatan ahli keluarga bersama. Setiap dari kita wajib mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama2 menjaga keselamatan bersama. Jika tidak mampu untuk sama2 berjaga malam mungkin anda boleh menggerakkan diri anda untuk membantu pasukan kawalan malam dengan menyediakan minuman panas, menyalakan lampu luar rumah depan dan belakang, menambah cahaya untuk rumah di bahagian belakangnya hutan atau gelap, bantuan lampu suluh dan sebagainya. Janganlah mengambil sikap berdiam diri.

InsyaAllah kita akan panjangkan isu2 keselamatan penduduk pada hari Sabtu ini.

_____________
Jazakallahu khairan

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: