Skip to content

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau TIKLIA bersama penduduk TIKLIA

March 28, 2011

Bismillahirahmanirahim,

Berikut adalah minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau TIKLIA bersama penduduk TIKLIA

Tarikh   :              18 MAC 2011
Masa      :              9.15 MALAM
Tempat :              SURAU AL-MUSAWWIR TAMAN INDAH KLIA

UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan salam serta mengucapkan terima kasih kepada semua Qariah yang hadir dan mengalu-alukan kedatangan Penaung, Tn Hj Mustaffa kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

UCAPAN PENAUNG/PENASIHAT

Penaung/Penasihat Tn Haji Mustaffa memberi ucapan sepatah dua kata dan mengucap ribuan terima kasih kepada AJK dan Qariah serta penduduk Taman di atas kerjasama yang diberikan sejak menetap di taman ini dan supaya dapat diteruskan.

Penyata Kewangan

Pengerusi telah membaca Penyata Kewangan Surau yang telah disediakan oleh Bendahari setakat 16 Mac 2011. Keseluruhan Kutipan, Perbelanjaan dan Baki tunai sehingga 16 Mac 2011 adalah seperti berikut:-

a. Kutipan Keseluruhan     RM7,003.00

b. Belanja                                 RM4,899.38

b. Baki Sehingga 16/3/11  RM2,103.62

Draf Perlembagaan Surau

Tuan Pengerusi memberitahu berkenaan dengan Draf Perlembagaan Surau untuk dibincangkan dalam mesyuarat Agung. Draf ini boleh dimuat turun dari Web Surau Taman Indah KLIA. Para Qariah boleh memberi komen dan cadangan melalui laman web surau iaitu https://surautiklia.wordpress.com atau memajukan cadangan kepada Pengerusi atau kepada AJK Surau.

Tn Haji Mustaffa mencadangkan supaya draf ini dibincangkan dan dikaji oleh Pengerusi dan AJK surau sahaja dan para qariah yang lain boleh menghantar komen atau cadangan mereka kepada Pengerusi dan AJK atau melalui laman web.
Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Pengerusi memberitahu walaupun bulan Ramadhan akan disambut pada awal Ogos 2011 iaitu lebih kurang 5 bulan lagi, persediaan awal adalah perlu bagi memastikan Program yang dirancang akan berjalan dengan lancar sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Dewan Solat

Disebabkan bilik solat sekarang terlalu kecil dan sempit, pengerusi mencadangkan menggunakan bahagian luar surau sebagai dewan solat. Tempat tersebut perlu diubahsuai dengan meninggikan bahagian lantai bagi mengelakkan terkena banjir (seperti yang pernah berlaku tahun lepas). Persetujuan sebulat suara.

Bagi menampung kos pembinaan tersebut yang dianggarkan RM3000.00, dicadangkan mengutip sumbangan ikhlas dari ahli qariah. Para Qariah yang hadir bersetuju untuk mengutip sejumlah RM50.00 setiap rumah.

Imam Terawikh dan Tazkirah

Sepanjang Bulan Ramadhan nanti, surau perlukan seorang Imam yang tetap supaya program Bulan Ramadhan berjalan dengan lancar. En. Mazlan akan menghubungi Abang kepada Imam tahun lepas sama ada beliau boleh memimpin sembahyang terawih nanti. Sementara itu En Syafirol akan bertanya di sekolah Tahfiz berkenaan dengan perkara yang sama juga.

Aktiviti Lain Sepanjang Bulan Ramadhan

Pengerusi memaklumkan aktiviti lain sepanjang bulan itu nanti iaitu:-

a.       Qiamullail

Dicadangkan dilaksanakan pada hujung minggu atau pada malam ganjil Ramadhan.

b.      Tadarus

Dicadangkan ada seorang yang memimpin Tadarus ini dan dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan program ini nanti.

c.       Moreh

En Darul mencadangkan membuat tabung kutipan Moreh. Semua qariah bersetuju untuk mengutip sumbangan ikhlas RM20.00 dari setiap rumah. Dengan ada tabung moreh ini urusan jamuan selepas solat terawikh akan dikendalikan oleh AJK yang dilantik. Sekira ada ahli qariah yang berhajat untuk membuat jamuan moreh boleh maklumkan kepada AJK tersebut lebih awal.

d.      Sedekah Tahlil

Borang penyertaan sedekah Tahlil bulan ramadhan akan diedarkan menjelang bulan ramadhan nanti.

Nota: Jika ahli qariah ingin mencadangkan tambahan aktiviti bulan ramadhan boleh menghubungi AJK Surau

Peralatan Tambahan Untuk Surau

Pengerusi memberitahu perkakasan dan kemudahan surau perlu ditambahkan supaya tidak perlu meminjam perkakasan dari luar jika surau mengadakan majlis. Dari itu sumbangan ikhlas daripada ahli qariah dan penduduk diperlukan untuk pembelian perkakasan ini. Ahli qariah semua bersetuju sumbangan untuk tujuan ini ialah RM30.00 daripada setiap rumah.

Rumusan Sumbangan ikhlas ahli qariah:

No Perkara RM
1 Pembinaan Dewan Solat 50.00
2 Tabung Moreh 20.00
3 Peralatan kemudahan surau 30.00
  Jumlah 100.00

Semua kutipan sumbangan ikhlas ini perlu diserahkan kepada pembantu bendahari iaitu En. Darul No 10/2A . Setelah projek selesai sekiranya ada baki, akan diserahkan kepada Bendahari untuk tabung surau. Kutipan akan dimulakan pada bulan Mac 2011 hingga Julai 2011 (Ansuran 5  bulan-RM20/ sebulan atau pun boleh bayar sekali gus)

NOTA: Kutipan sumbangan ikhlas ini dibuat atas kepentingan bersama    dan merupakan ketetapan minima, sumbangan yang lebih amat dialu-alukan.

Hal-hal lain

Keselamatan Taman

En Zulkifli memaklumkan bahawa respons daripada kumpulan Ronda yang telah ditetapkan bagi bulan Mac sangat memuaskan. Jadual Kumpulan bagi bulan April akan di atur dengan sedikit perubahan sebab dengan penambahan dan ada penduduk belum lagi disenaraikan di dalam kumpulan pada bulan Mac.

En Zulkifli juga menasihatkan ahli ronda supaya meronda di dalam kumpulan dan jangan berpecah terlampau jauh untuk menjaga keselamatan ahli. Mesyuarat Keselamatan akan diadakan pada hujung bulan Mac ini supaya dapat menyampaikan perkembangan bagi bulan ini.

En Zulkifli juga memberitahu pengerusi supaya Bendahari mengeluarkan sedikit wang tabung surau untuk membeli bahan minuman. Semua ahli qariah bersetuju. Jumlahnya minta bendahari berunding dengan yang membuat minuman.

Gotong-royong

En Zulkifli mencadangkan supaya program Gotong Royong boleh diadakan pada awal bulan April 2011 untuk membersihkan kawasan belakang rumah yang berhampiran dengan Ladang Sawit dan belakang Jalan 1. Pengerusi diminta untuk menjemput Penduduk Kampung Lanjut untuk bersama menyertai Gotong Royong ini.

Tarikh cadangan  2 April 2011 (Sabtu) Jam 8 pagi.

Semua Ahli Qariah di minta hadir

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:10 malam dengan diakhiri bacaan surah Al-Asr.

9 Comments
  1. surautiklia permalink

    Nota:

    Dewan Solat
    Projek untuk pembinaan dewan solat dibatalkan
    atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakan
    oleh itu kutipan RM50.00 untuk pembinaan
    tersebut juga di batalkan.
    sebarang kesulitan amat dikesali.

    sekian terima kasih

    Pengerusi Penaja

  2. G-Lee permalink

    Salam.
    Saya nak cadangkan sikit berkenaan dengan penyata akaun tabung surau kita:
    Kalau boleh Buat penyata sehingga 31 Disember 2010 dan Baki pada 31/12/2010, buat akaun baru. Dan saya perhatikan dan semak penyata akaun ini x ada termasuk yuran bulanan RM10 yang dikutip setiap bulan bersama dgn duit sampah…..
    Kalau boleh kutipan sampah itu perlu dibuat penyata bulanan juga.
    a. berapa jumlah kutipan telah dibuat.
    b. berapa jumlah bayaran kepada sampah.
    c. baki yang masih belum digunakan.
    d. kalau boleh senaraikan nama yang telah membayar sebagai LAMPIRAN A.

    PENDUDUK SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

  3. HambaMu permalink

    “En Zulkifli juga memberitahu pengerusi supaya Bendahari mengeluarkan sedikit wang tabung surau untuk membeli bahan minuman.”

    Bahan minuman ini untuk apa dan untuk siapa? kalau untuk kepentingan orang² tertentu, baik tak payah nak dipersetujui..
    ~pastikan HANYA dihidang untuk setiap pekerjaan bagi penduduk yang menyertai aktiviti taman.. Bukan untuk orang yang bersukan..

    Yang Nak minum untuk orang yang bersukan, sila buat tabung minum sendiri ok..

    “Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri” (Al-Baqarah 2:90)

    • G-Lee permalink

      Salam HambaMu, saya pasti saudara tak datang mesyuarat malam tu. tak baca betul2 minit ini….. Saudara tahu kah en zulkifli tu bercerita tentang Keselamatan taman… Saudara sertai tak rondaan malam? Kalau saudara menyertai rondaan tu mungkin saudara tahu bahawa minuman untuk ahli rondaan itu penting….. Sekarang ni hanya jirang sekitar yg ingin menyumbang air saja menyediaknnya….
      Memang betul bg ahli sukan yg bergiat aktif tu perlulah menyediakan air minuman sendiri,,, saya sokong 100% sebab sumbangan surau tu adalah untuk aktiviti surau dan taman……wassalam.

  4. surautiklia permalink

    Saudara,

    En Zulkifli adalah pengerusi keselamatan taman beliau mencadangkan minuman itu ialah untuk yang menjaga keselamatan taman iaitu yang meronda malam. sekarang ini minuman itu di taja oleh 3 rumah berhampiran pondok kawalan, terima kasih kepada mereka.
    Harap maklum.

  5. surautiklia permalink

    saudara G-Lee

    Sekarang ini AJK adalah jawatankuasa penaja jadi kami merasakan perlu untuk semua penduduk mengetahui segala kutipan dan perbelanjaan terkini surau. Selepas mesyuarat Agong nanti akaun biasanya akan ditutup pada 31 Dis setiap tahun. Terima kasih atas cadangan anda, memang sedang dalam perancangan segala kutipan termasuk perkhidmatan sampah kita akan maklumkan kepada penduduk, Insyaallah.

    • G-Lee permalink

      terima kasih atas keterangan saudara. Saya faham tugas Bendahari adalah berat tanggungjawabnya. Saya suarakan ini adalah kerana ada suara-suara yang tak faham dan yg jarang sangat pergi mesyuarat dan kesurau. Ahli qariah bertukuslumus buat kerja tapi mereka ni hanya pandai beri komen saja…

  6. HambaMu permalink

    Terimakasih atas Penjelasan Tuan..

    Minit mesyuarat tidak menyatakan sepertimana maksud sebenar. (berkenaan tujuan untuk apa)

    Pohon maaf atas ke khilafan saya sebagai Hamba yang hampeh..

    Tuan G-Lee ni orang yang sentiasa di surau ya? Alhamdulillah.. Usah jadi cam saya, komen jer lebih.. Surau pun jarang-jarang dapat pegi.. hikhikhik.

  7. Perihal duit sampah dan kutipan sumbangan surau sekarang masih belum diserahkan kepada bendahari. Saya masih tidak dapat untuk masukkan angka2 untuk kutipan berkenaan.

    InsyaAllah saya akan berhubung dengan en. Rosezam sesegera mungkin untuk menyelesaikan perihal kutipan berkenaan.

    Saya harap akan dapat minta tunjuk ajar en. G-Lee memandangkan saya tidak arif dalam mendokumenkan kewangan. Terima kasih.

    — Syafirol ( Bendahari Penaja )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: