Skip to content

Panggilan mendengar bantahan cukai taksiran

April 1, 2011

Bismillahirahmanirrahim;

Assalamualaikum,

Kepada semua penduduk TIKLIA yang telah menandatangani surat bantahan cukai taksiran tempoh hari, tuan/puan adalah dimaklumkan seperti berikut:

NOTIS PANGGILAN MENDENGAR BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN

Sesi Mendengar Bantahan terhadap Nilai Tahunan yang telah ditaksirkan ke atas harta tuan/puan :

Masa : 11.15 Pagi

Tarikh : 02 April 2011 ( Sabtu)

Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, Aras 4, Pejabat MPSepang, Cyberjaya

Sila bawa bukti pengenalan diri sekiranya tuan/puan hadir sendiri. Sekiranya tuan/puan ingin diwakili, tuan/puan hendaklah memberi kepadanya satu surat kuasa secara bertulis.

***  Notis daripada Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi pihak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang.

One Comment
  1. Pengerusi Penaja permalink

    SESI MENDENGAR BANTAHAN NILAIAN CUKAI TAKSIRAN BAGI TAMAN INDAH KLIA, SEPANG

    Tarikh: 2 April 2011
    Tempat: Bilik Semarak, MP Sepang
    Masa: 12.30 Tgh
    Wakil Penduduk Hadir: 12 orang

    Bantahan yang di buat adalah seperti berikut:

    Jawatankuasa Penaja Penduduk memohon agar kadar Taksiran di nilai semula berdasarkan rasional dan justifikasi yang perlu dipertimbangkan seperti berikut:-
    i. Kaedah pengiraan dan nilaian berbeza-beza bagi setiap premis penduduk.
    ii. Penyerahan pentadbiran taman oleh pemaju kepada pihak MP Sepang masih belum dilaksanakan yang menyebabkan beberapa penyelenggaraan seperti pungutan sampah dan pemotongan rumput sebahagian diuruskan sendiri dan sebahagian diuruskan pemaju.
    iii. Sistem perparitan yang tidak sempurna sehingga menyebabkan banjir, tahun lepas pernah sekali berlaku banjir.
    iv. Tahap keselamatan penduduk dan ketenteraman yang masih rendah disebabkan oleh kes
    kejadian kecurian dan pecah rumah kerap terjadi di kawasan perumahan ini sehingga kini 11 kes kecurian telah berlaku.
    v. Gangguan daripada anjing-anjing liar yang berkeliaran membahayakan keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.
    vi. Pemaju juga tidak menyediakan kemudahan tapak surau, permohonan telah dimajukan untuk menggunakan sebuah rumah sebagai surau sementara masih belum diluluskan oleh MP Sepang.
    vii. Pencemaran bunyi oleh kilang membuat bahan binaan yang lokasinya berdekatan dengan
    kawasan Taman ini dan mengganggu ketenteraman penduduk terutamanya bunyi bising dari kawasan kilang pada waktu pagi.
    viii. Tiada papan tanda nama Taman diletakkan dijalan utama. Penduduk membuat sendiri tanda nama bagi memudahkan orang ramai menuju lokasi kawasan perumahan ini.
    ix. Kemudahan untuk akses keluar dan masuk ke kawasan Taman ini didapati agak sempit dan membahaya.
    x. Belum ada bendul keselamatan di kawasan Taman.
    xi. Pencawang maxis yang berhampiran dengan kawasan taman, gelombang bunyi dari pencawang tersebut boleh membahayakan penduduk.
    xii. Tiada kemudahan kedai atau pasar dalam kawasan perumahan ini. Diminta kawasan perniagaan sementara diujudkan.
    xiii. Kos sara hidup yang meningkat juga merupakan antara faktor penduduk merasakan agak
    membebankan.
    xiv. Tanah di Taman ini merupakan tanah rezab Melayu pajakan mukim 99 tahun.
    xv. Bantahan Individu:
    En Anuar memohon penilaian taksiran ke atas rumahnya di nilai semula kerana tidak munasabah.

    Perkara yang telah dijawab oleh Pihak MP Sepang:

    i. Pengiraan terhadap penilaian taksiran harta yang dibuat adalah bergantung kepada luas rumah yang dibina termasuk pengubahsuaian yang telah dibuat. Oleh itu nilai taksiran berbeza mengikut keluasan rumah. (Bagi yang membuat pengubahsuaian rumah selepas tarikh taksiran dibuat, pihak MP Sepang akan membuat taksiran semula kemudian).
    ii. Pembinaan bendul adalah dibuat oleh MP Sepang atas permohonon penduduk dan memerlukan 80% penduduk bersetuju.
    iii. Permohonan individu En Anuar di terima dan akan dibuat penilaian taksiran semula.

    Keputusan Bantahan

    Pihak MP Sepang akan membuat keputusan berkaitan bantahan ini dan dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei 2011.

    Sama-samalah kita berdoa agar bantahan ini diterima dan cukai taksiran dikurangkan.

    Di catat oleh:
    Pengerusi Penaja Penduduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: