Skip to content

Petikan aduan : Perkhidmatan MP Sepang

June 14, 2011

Assalamualaikum,

Petikan dari aduan:

Cukai Pintu Kita Baru Terima. Mungkin bagi penduduk fasa 1 & 2, Pembayaran ini bermula dari Januari hingga Disember 2011. Di sini saya nak penduduk bersatu untuk menuntut perkhidmatan yang Majlis Perbadaran Sepang patut buat bermula Januari hingga sekatrang ttp tidak dibuat terutama sekali punggutan sampah, potong rumput, pembersihan longkang, pembersihan kawasan tadahan air sementara yang banyak longgokan sampah selepas hujan dan perkhidmatan2 lain.

Setahu saya kita telah membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada pemaju(bagi Fasa 2 & 3) dan bayaran RM15.00 (bagi Fasa 1) ini adalah untuk pembayaran lori sampah dan penyenggaraan lain. Saya bercadang penduduk TIKLIA berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dan berjumpa dengan pemaju dan MPS serta Pengerusi JPP Labu merangkap Ahli Majlis MPS.

Dari :
En. Sejili B Dahan
Setiausaha Surau Al Musawwir & Penaja Persatuan Penduduk Taman Indah KLIA

** Sehingga tarikh hari ini, kita belum menerima sebarang notis untuk apa jua perkhidmatan yang sepatutnya dijalankan oleh Majlis Perbandaran Sepang.

3 Comments
  1. Bashah permalink

    Mohon Laluan….

    Saya setuju dengan Encik Sejili…. Sebenarnya tadi saya dah berhubung dengan Pegawai Penilaian MPS, Encik Mat Razi dan menyuarakan pandangan bahawa MPS TIDAK SEPATUTNYA mengenakan cukai taksir dari Jan – Jun 2011 memandangkan TIADA sebarang perkhidmatan mengutip sampah, memotong rumput dan membersihkan longkang sepanjang 6 bulan 2011 ini.

    Jadi, sembang punya sembang beliau mencadangkan agar :

    1. Persatuan Penduduk TIKLIA membuat rayuan sama ada untuk TIDAK PERLU MEMBUAT BAYARAN atau membuat rayuan SECARA BERTULIS untuk MENGURANGKAN cukai taksiran Jan-Jun 2011. Perlu kita ingat ya tuan-tuan/puan-puan, memang dalam Undang2 PBT boleh meminta / mengenakan cukai taksiran NAMUN BEGITU kita boleh mengemukakan rayuan seperti dinyatakan tadi KERANA MPS TIDAK memberikan perkhidmatan perbandaran sepanjang Jan-Jun 2011… Pada ketika inilah, bergunanya kalau tuan-tuan / puan-puan menggunakan sepenuhnya peranan Ahli Majlis yang bertanggungjawab pada Taman kita ni.

    2. Bercakap sendiri dengan Yang Dipertua MPS… Saya dipahamkan beliau akan datang ke TIKLIA pada Ahad ini 19 Jun untuk gotong royong… Oleh itu, sesama lah kita gunakan kesempatan ini untuk menyuarakan pendapat dan apa yang penting KITA BERSATU…!!!

    Mohon Pandangan….

    TQ
    Bashah Lagi….

  2. Alamak.. saya dah bayar penuh setahun!!! rugi²

  3. henry permalink

    x arif pasal undang2 ni. jika hak kutip cukai oleh PBT bersyarat contohnya kutipan tu adalah untuk perkhidmatan yang disediakan maka kita ada hak nak tuntut. dengan erti kata lain, bukan rayuan yang perlu dibuat tetapi tindakan saman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: