Skip to content

Komen & Pandangan

Sila tulis komen dan pandangan anda di sini.

21 Comments
  1. no.15 lorong 2a permalink

    Saya cadangkan kedudukan pasukan kawalan malam ditempatkan di dua lokasi iaitu di hadapan jalan utama iaitu di hadapan rumah no.1 jalan 1 dan di kawasan berhampiran taman permainanan..

  2. InsyaAllah kita akan usulkan pada perjumpaan keselamatan Sabtu ini.

  3. danxxxx permalink

    err… berJAGA dah buat,
    bila nak berSILAT pulak… tuan no 12/2A blh jd mahaguru kut ?

  4. Alamak..? Nak bersilat pulak ker? Canteekkk..
    Pastu kita belajar ilmu ghaib plak.. Bila Dah terror, leh Rame² menJurus perompak².. Biar Polis Sepang makan Gaji yang betol² bergaji Buta.. Har har har.. jangan terasa plak yo.. Maaf ler… sebab dah 9 kes kecurian kat taman kami ni.. Tapi tak ado satu pun penangkapan di buat.. Tepok dado tunjuk lagak ajo la jang..

    Skang ni, penduduk kene gilir² berjago malam pulak.. Sebab Polis Sepang tak buek kejo bebetol.. Sabo je la.. Sib baik kami sume nie educated.. Niat berjago leh jadi niat berkenal² ngan jiran dengan lebih rapat.. Tapi saman kene bayar gak.. Kami keje berjago malam, free jer.. Mintak IPD Sepang bagi alaun berjago la..

    p/s: Tuan No 12/2A ker? Baguih tul la taman ni.. Tok Guru Silat pun ado iyo..
    (maaf sekalie laie ler Polis Sepang.. Ramei jiran den polis nih.. leh backup den.. hehehe..)

    Jazakallah..

    “Maha suci Allah s.w.t. Yang Menjadikan segala²nye di muka bumi tanpa sia².

  5. G-Lee permalink

    Semalam ada lagi kes baru pecah masuk di rumah Saudara Zainizam kita. ia berlaku pada siang hari. Takziah kepada saudara kita ni, semoga beliau tabah, mungkain ada hikmah disebalik kecurian ini.
    Diharap kita dapat menambahkan lagi kawalan kita terutama sekali pada waktu siang(ini terpaksa orang yg ada kelapangan pada siang hari)…..

  6. danxxxx permalink

    —- TAKZIAH buat semua yang terlibat kes pecah rumah—–

    Niat di hati mmg nak jaga siang tp nak kena cuti panjang lak.. kalo goment bg pelepasan tanpa rekod ada baguih gak..

    apopon boleh dicadangkan la.. apo kata kita buat pagar sekeliling taman dr fasa 1- fasa 3.

    caranya, wujud 2 team kiri kanan bertitik mula rumah abg. sham… bergerak dlm 2 arah sambil baca ayat Kursi sambil renjis air ke tanah.. diulang2 sehingga jumpa dipenghujung fasa 3.

    Diniatkan penghalang bagi yang berniat jahat/sebarang gangguan makhluk halus… Insyaallah.. berikhtiar adalah ujian Allah..!!!

  7. Canteekk.. Bila nak buat tuh? Benda yang baik patut disegerakan.. Bak Pesan Nabi s.a.w “Bersegeralah kamu dalam membuat amal kebajikan”

    Jom.. saper yang ada.. Malam ni buat air Yassin untuk pagar taman (niatkan sebelum baca yassin tu).. Pas solat Hajat, Kita semua renjis air Yasin tu keliling Taman..

    Jom.. Buek.. Jom Buat.. Jom laksanakan.. 1 Matlamat, 1 Tujuan, 1 Keputusan, 1 Taman.. hehehehehehe..

  8. danxxxx permalink

    kabare..

    tetiba teringat plak agar segala draft minit mesyuarat yg telah diadakan (contohnya, postkan yang terkini sahaja : 180311 :0930PM ) dihyperlinkan di laman sesawang kita ini… agar lebih cepat maksudnya tercapai…

  9. YaNgLeMaHiTuaKu permalink

    saye sayang penduduk TIKLIA yg baik2 hati..

  10. HambaMu permalink

    I Love them to.. Yang bebaik jerr hatinyer..

  11. G-Lee permalink

    Assalamualaikum… semua penduduk TIKLIA terutama pembaca setia Blog ini.
    Dah sbln kita ronda pada waktu malam. Ada yg suka, ada yg x suka dan ada yg mengeloh dan macam-macam lagi…. Yg lebih teruk ialah yang x nak langsung bekerjasama untuk berjaga malam demi keselamatan TIKLIA kita…
    Tetapi alhamdulillah ramai yg memberi kerjasama. Memang benda ni adalah sukarela tetapi kita kena bert/jwb juga.
    Bagi yg belum memberi sumbangan terhadap aktiviti ini,,,, diharap dapat meluangkan masa pada bulan April ni… Bagi yg x terima jadual tu,,, rajin2lah kesurau atau bertanya dgn jiran2 kita disebelah….. kan kita ada mulut utk bertanya, ada mata utk melihat dan ada otak utk berfikir.
    Sesiapa yg x pernah hadir bertugas tu kenalah muasabah diri. Kalau nak seribu daya…. kalau tak nak, seribu dalih….. Tp kalau memang uzur, ada tugas yg lagi penting, bolehlah dimaafkan…. tetapi cubalah datang ok……

  12. HambaMu permalink

    Saya sokong G-Lee!!!!

    Nampaknya siapa yang g surau sahaja orang yang mempunyai masa lapang yang banyak.. Yang lain (yang tak pernah datang @ jarang³) itu, orangnya sebuk jerr manjang ya..

    Nak jaga keluarga lah.. Cari nafkah lah.. Hanya “saya pelindung keluarga saya” lah.

    Firman Allah s.w.t.
    Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Hadiid 57:20)

  13. surautiklia permalink

    saudara,

    Sesungguhnya keikhlasan dalam membuat sesuatu pekerjaan adalah perkara pokok dalam hasrat mencapai keredhaan ALLAH. Kita doakanlah agar semua penduduk Taman ini terbuka hati dapat bersama-sama dalam apa jua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Sayangilah saudara-saudara Islam kamu, itu adalah antara soalan bocor yang akan ditanya di alam kubur nanti.
    Walahualam.

  14. HambaMu permalink

    Iya Tn surautiklia,

    Saya sayang saudara Islam yang sayang kepada saya jer..
    Perkara baik yang diterima, InsyaAllah akan dibalas baik,
    Jika Perkara buruk, Terserah kepada Tuhan ler..

    Ketegasan adalah perkara pokok bertujuan membentuk (al-mussawir) dan melatih akhlak manusia menjadi Muslim sejati. Kami cari Redha Allah, bukan cari redha Manusia.. “Keikhlasan” pula adalah tingkatan selepasnya.. Saya tak sampai tahap tu lagik.. hahaha..

    • G-Lee permalink

      Salam HambaMu, nak kata selalu ke surau tu x lah juga… tapi kalau masa free n x lewat balik kerja tu, saya kesuraulah…….kadang2 tu ponteng juga….

  15. HambaMu permalink

    psst : Tn G-Lee,

    Ini ruangan “Komen dan Pandangan”.. Saya tak nampak samada tuan memberi komen atau pandangan dalam komen tuan ini..

    Apa pandangan anda pula? huhuhuhu.. ;p

  16. rahman salleh permalink

    Salam,

    Sematkan dalam dada luahkan pandangan dengan penuh hemah, berjihad secara lembut dan sabar. Insyallah ramai yang akan menyusul saudara ke surau.

    Tuhan tahu apa yang tersirat dan jangan cepat meletakan label sesuka hati, pandangan saudara dari interperasi sendiri.

    • Silalah tuan yang budiman..

      Harap dengan kelembutan saya ini dapat membawa Tn. Rahman Salleh ke surau Taman kami yang tak seberapa ini setiap hari..

      Iya, Tuhan tahu apa yang tersirat.. Maafkan saya Tn. Rahman Salleh..

      p/s : sape ahli² surau?? Nape nama Tn Rahman ni tak pernah ada pun dalam mesyuarat surau?? Ops.. memang tak pernah amik attendent pun beb.. Nampaknya Tuan amat bernasib baik.. hahahaha.

      Jika ada Jarum yang patah,
      Jangan simpan di dalam Peti,
      Jika Hati tuan bermasalah,
      Jangan disimpan Perkara ini.

      I like Warga TIKLIA yang pentingkan kemesraan & Perpaduan ini..
      I love You All..

      Semoga disyurga nanti (kalau dapat), saya mempunyai Jiran² seperti korang.. Aminn..

  17. Satu cadangan untuk mengadakan Hari Soal Jawab diantara Penduduk dengan Pemaju dan MPSepang.

    Segala usul tidak puas hati, cadangan dan pandangan boleh disuarakan pada hari ni.

    Adakah tuan puan bersetuju?

  18. HambaMu permalink

    Soal jawab dengan pemaju :
    1. Sistem saliran (parit) – kenapa tak betul²?
    2. Presure air bilik air tak kuat.
    3. Tiada penghadang di kolam tadahan hujan sementara
    4. Papantanda taman kat Jalan utama (B20) tiada, kenapa? takkan nak penduduk yang mohon?
    5. Logi sewerage treatment system (STP).
    6. Tapak surau.
    7. Status penyerahan semua infrastruktur kepada Majlis?
    8. Penghadang jalan moto kat fasa 3 tu tercabut, kenapa tak repair² sampai sekarang?
    9. Semak-samun di belakang rumah, kenapa tak bersihkan?
    10. apa rancangan pemaju kat tanah sebelah² taman ni?
    11. adeii.. nak terkucil lah.. tolong sambung ekk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: