Skip to content

Petikan Aduan : Rondaan Malam

June 14, 2011

Assalamualaikum,

rasanya RONDAAN MALAM perlu diperbincangkan semula memandangkan ramai yang dah tak turun… rasa mcm tak adil utk yang turun… dah takde kesepakatan pula.. mohon BIRO terlibat buat semakan semula…

Dari : Tidak Dinyatakan ( Diminta kalau boleh sertakan nama atau no rumah untuk sebarang aduan )

Mohon kita perbincangkan di sini mengenai isu ini. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pondok kawalan TIKLIA boleh dikatakan gelap hampir setiap malam. Jika berlampupun, pondok ini tidak berpenghuni. Tidak mahu dipersalahkan kepada yang datang berkawal tidak berteman kemudian balik ke rumah selepas setengah jam. Lebih baik balik dari berkawal berseorangan kerana agak bahaya.

Adakah kerana tidak ada berlaku sebarang kejadian rompakan pada sebelah malam, kawalan tidak lagi diperlukan? Atau tidak berkesempatan.

Mohon pihak berkenaan membincangkan semula langkah2 yang sepatutnya diambil untuk mengatasi masalah ini demi keselamatan bersama. Mohon juga kepada penduduk untuk membangkit isu kenapa tidak hadir berkawal. Nak upah jaga? Atau nak pasang sistem keselamatan canggih? Atau apa alternatif yang ada?

Mohon kerjasama.

6 Comments
  1. Bashah permalink

    Mohon Berbicara sepatah dua kata…

    Pada pandangan saya, ramai yang dah mula tak bertugas kerana kekerapan bertugas iaitu 4 KALI dalam sebulan menyebabkan penduduk rasa terbeban. Cadangan penyelesaian pada masalah itu (cadangan sahaja…):

    1. Jika sekarang 4 orang satu shif, saya cadangkan hanya 2 orang satu shif (daripada tak ada… baik ada gak org yang jaga)…. Susulan daripada itu berkemungkinan besar dalam sebulan seorang penduduk akan bertugas 2 kali sebulan daripada 4 kali sebulan sebelum ini… Saya rasa giliran 2 shif dalam 6 jam tu patut dikekalkan…

    * Insyaallah rasa saya dalam hujung tahun ni bila Fasa 3 dah ramai maka lbh ramai yg akan involve… Sila libatkan juga mereka yg menyewa di taman tersebut, bukan setakat penghuni tetap TIKLIA..

    Mohon pandangan………

    TQ
    Bashah

  2. Zul permalink

    InsyaALLAH bulan Julai nanti rombakan kumpulan akan dibuat dengan kekuatan 3 orang dalam satu kumpulan dan masa tetap sama 12.00 t/mlm hingga 3.00 pagi dan 3.00 pagi hingga 6.00 pagi. Kerjasama daripada semua penduduk samada yang tetap mahupun menyewa amatlah dihargai. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir pada masa bertugas tersebut hendaklah memaklumkan kepada Ketua Keselamatan atau Peolong Ketua Keselamatan sekuang-kurangnya sehari sebelum tarikh tugas dan lebih baik jika tuan2 dapat mencari pengganti atau bertukar-tukar shif dikalangan rakan kita. InsyaALLAH berkat kerjasama kita semua akan mendatangkan keharmonian di Taman kita ini. Terima kasih.

  3. G-Lee permalink

    Assalamualaikum, Cadangan dah bagus tetapi ramai lagi penduduk TIKLIA ini tak mahu ambil kisah berkenaan dengan baiknya kita bekerjasama menjaga keselamatan Taman kita ini. Saya berharap kepada penduduk yang tak ambil kisah tu, berilah respon berkenaan dengan perkara ini dan jangan berharap kepada penduduk yang lain untuk menjaga keselamatan mereka. Kalau kita beri duit kepada pengawal keselamatan swasta mungkin lagi ramai takl setuju. Lagipun orang luar yang diupah oleh kita mungkin boleh jadi pengantara kepada penyamun2 ini. Jangan sampai anak bini kita cendera atau diapa apakan baru kita menyesal seumur hidup. Barang hilang boleh diganti, tapi kalau nyawa atau kehormatan keluarga kita yg hilang memang kamu menyesal seumur hidup kamu…..
    Dari itu bangunlah dan bangkitlah untuk kesejahteraan dan keamanan TIKLIA kita….

  4. Salaam, Bukan penduduk tak mahu ambil kisah.. tapi penduduk masih merasa “jauh” dengan sesama jiran.. Biasalah dalam hal yang sebegini.. takleh lah nak salahkan mereka..

    Kita pun tak pernah g ziarah diaorg.. kalau kita round² taman pun, Bila nampak jiran tu kat luar umah tengah buat keje, takde pun kita tolong.. kekadang, angkat tangan dan beri salam pun takder.. ape lagik nak dok bersidai sambil berborak dengan depa? menonong jer..

    kalau tetap nak salahkan, G Salahkanlah pemerintah. Merekalah yang telah mencipta masyarakat MELAYU kita jadik camni.. Walaubagaimanapun, harap para petugas dapat bersabar dan meneruskan usaha-usaha untuk menarik jiran-jiran yang masih “tidur” ini supaya dapat bersama-sama bangun demi keselamatan Taman Indah KLIA kita ini dengan Fikiran terbuka dan POSITIF. Gunakan Pysikologi yang terbaik..

    Saya ni bukanlah ustaz.. kalo tak silap, Nabi pesan : orang yang kuat iman ni akan menegah kemungkaran dengan kederat (kuasanya/ anggotanya).. kalau tak leh, dengan ucapan kata-kata yang baik.. Kalau takleh jugak, Berdoa untuk kesejahteraan mereka yang ingkar tuh supaya dilembutkan hati untuk menyertai jemaah Taman kita..

    Pada saya, Cara yang paling baik adalah dengan “BINA HUBUNGAN KASIH” dengan mereka² ni dulu.. Saleem Iklim pesan : Tak kenal maka tak cinta.. kekeke..

    Yang dah sedar ni, alhamdulillah.. Jangan pulak terikut² ngan yang tak turun pulak.. Ganjaran pasti akan diperolehi sekiranya kita sentiasa berfikiran positif dan Ikhlas dalam melaksanakan tugas..

  5. henry permalink

    apa yang penting, kerjasama…apa yang penting, kerjasama… ramai yang x tengok wonderpet ni…hu hu

  6. test.. Dari Free Website (warongspot TIKLIA)

Leave a comment